sekolah,sekolah,sekolah
itulah tempat untuk kita menimba ilmu
setiap ibu bapa pasti akan menghantar anak2 mereka ke sekolah
apa tujuannya??????
mestilah nak didik anak menjadi seorang insan yg berguna di dunia wal akhirat
begitu juga la dengan saya..
ni nak ngomong pasal sekolah saya dulu la
mula kenal dengan huruf-huruf a,b,c,d.......
Tadika Kemas Kampung Sementa, kecil je tadika tu, boleh muat beberapa orang je
sempit je...
zaman kanak2 mestilah best kan
pergi sekolah naik basikal je
mula dari tadika sampailah ke tingkatan 5
itulah kenderaan yang membantu saya untuk bergerak ke sekolah
hujan, panas, demam, sihat.....
itulah teman saya....
dari darjah 1 sehinggalah darjah 6
saya bersekolah di SK Sementa...
dan bersekolah agama di SRA Sementa
selalunya bila pergi ke sekolah agama ni saya akan membawa bekal makanan
yelah....sehari dapat duit belanja RM1 untuk sekolah pg dan petang
nak jimat kena la bawa bekal.
keputusan UPSR saya tidaklah sebagus mana...
tp saja la nak share kan....hanya 3A saja
sekolah agama pula dapat SPRA 85%
dengan berbekalkan 85% markah SPRA
saya tidak layak diterima oleh SAM Tinggi Hishamuddin
saya mmg berhasrat untuk melanjutkan ke sekolah agama,,,,namun apa kan daya
tidak layak ke sekolah tersebut....
Tingkatan satu saya bersekolah di SMK Rantau Panjang
pada hari pertama melangkah ke alam menengah saya berat hati hendak ke sekolah
di dalam bilik sebelum ke sekolah
saya sempat lg menangis
mak saya nak hantar ke sekolah menengah
tetapi saya tidak mahu....
saya katakan bahawa "tidak mengapa, iza naik bas sahaja"
setahun kemudian saya berpindah ke sekolah yang baru dibuka
di kawasan kampung saya iaitu
SMK SG KAPAR INDAH
tidak ramai pelajar yang belajar disitu pada tahun pertama
hanya ada tingkatan 2 dan 4 sahaja
semasa di tingkatan 4 saya telah mengambil kelas sains tulen
banyak memori yang tercipta di sekolah ini......
kini tinggal kenangan.....