Saturday, August 7, 2010

Keluarga tercinta

Pertemuan srikanda dari Sijangkang dan srikandi dari Kampung Sementa
membibitkan perasaan cinta dan sayang
akhirnya terbinalah sebuah masjid
kini masjid yang dulunya dihuni oleh dua orang sahaja
tetapi kini telah bertambah kepada tujuh orang....alhamdulillah
rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan

Tanggal 31 Mei 1986 telah lahirlah seorang puteri sulung yang bernama Azrina
merupakan seorang yang rajin dan berdikari
mendapat pendidikan di  SK Sementa, SRA Sementa, SAM Tinggi Hishamuddin
seterusnya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Melaka dan
baru menghabiskan Ijazah dlm Pendidikan di UPSI
kini dia sudah bergelar seorang pendidik

Di pagi yang hening lebih kurang jam 9 pg maka lahirlah puteri ke-dua
yang dinamakan Azliza yang lebih mesra dipanggil iza
itulah saya
sekolah petama yang saya jejak ialah SK Sementa, SRA Sementa,
SMK Sg Kapar Indah dan kini di PSIS
saya ni x suka minum minuman yang bersusu....cuba fikirkan kenapa jadi camni ya...
saya suka makan masakan mak
rindu pula nak balik rumah
saya dilahirkan pd 12 april 1990 di kampung saya
pengalaman manis adalah banyak juga....antara yang boleh dinyatakan adalah seperti berikut....huhu
menembak guna m16....guna peluru hidup lagi tu..
yg lain2 xyah la ckp kat sini
saya ni bukanlah seorang yg sempurna tp hanya dimata mereka yg sempurna saja yg boleh mengatakan
saya ni sempurna.........SEMPURNA

saya ni ada seorang adik lelaki yang skrg ni berumur 18 tahun
namanya Azrie Shah
dilahirkan pd 23 Februari 1992
satu2nya adik lelaki yang saya ada
skrg ni dia tgh kerja, katanya nak kerja dulu
lepas tu baru nak sambung belajar
betul ke?
dia ni xlah handsome pun tp dia tetap adk saya
skrg dia tumpukan perhatian dekat buahati kesayangannya
baru je beli sebulan dah banyak yang dia repair....
itulah dia lelaki

adik no.2 ni pulak namanya Azwani
panggil je nani, lebih mesra
dia mmg banyak masalah, mula dari kecil sampai la skrg
dilahirkan pada 11 Februari 1998 di HBTAR
dia ni dah semakin temban
lagi besar drpd kakak2 dia
xtau la salah kakak ke salah adk
yang membesar lebih besar.....hahaha
dia ni rajin menolong orang tp xrajin nak tolong keluarga
apa nak jadi ni

nak cerita lgi seorang puteri bongsu ni yang diberi nama Azira
dia ni ala2 comel je...tapi comel jugak la
lahir pada 18 Julai 1999
beza setahun je daripada nani
dia orang ni dah macam kembar
tp asyik bergaduh je, xpenah nak bebaik
ada masa ok la
dia ni manja, asyik tidur bawah ketiak mak je
entah bila la nak berpisah
pernah satu hari dia pergi kem
tp x sampai sehari dia da balik rumah
dia menangis, sebab mmg dia x pernah tinggalkan mak

itulah dia kisah keluarga saya....














No comments:

Post a Comment